SOAL JAWAB AGAMA 1
Soalan :
Saya ada tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan yang berumur antara 4 hingga 9 tahun. Saya berhajat untuk membuat ibadat Qurban pada hari Raya Haji tahun ini. Jadi bolehkah saya gabungkan (kongsi) ibadah Aqiqah untuk anak-anak saya itu dengan seekor lembu yang akan disembelih itu nanti?
Jawapan :
Mengenai soalan ini, bolehlah dijelaskan di sini bahawa hukumnya adalah boleh atau diharuskan ibadah Qurban dan ibadah Aqiqah itu dikongsi dalam seekor lembu yang disembelih. Perkongsian ini harus walaupun niat yang berbeza-beza seperti 2 orang berniat untuk Qurban, 2 orang pula berniat untuk Aqiqah manakala selebihnya diniatkan untuk dijual dan sebagainya. Kerana seekor lembu itu ada 7 bahagian semuanya. Sukacita juga dijelaskan di sini bahawa seekor kambing itu adalah bersamaan dengan satu bahagian lembu. Bermakna jika bagi seorang anak lelaki Aqiqahnya 2 ekor kambing maka bersamaan 2 bahagian lembu. Manakala bagi seorang anak perempuan memadailah dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu sahaja.
Dalam situasi ini, kami dari AMJ boleh membantu anda menguruskan aqiqah anak atau cucu-cucu anda dari A-Z. Dan beserta dengan izin Allah.
*sumber; http://www.muftiwp.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=7&Itemid=113&lang=en&limitstart=10
No comments:
Post a Comment